Resipi

NASI ARAB CIKDE


Nasi
1.500 kg tulang dan daging (daging panas)
1.500 kg beras basmathi
1/4 tin kecil puri tomato atau 1/2 botol sos tomato
Daun pandan
Ajinomoto

Ramuan Rempah (ditumbuk atau dikisar)
Bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, cabai, jintan putih, jintan manis dan ketumbar.

Tulang dan daging direbus dalam rice-cooker dengan air sebanyak X2 sukatan nasi, bersekali dengan ramuan rempah yang telah siap ditumbuk/dikisar. Bila sudah cukup masak, pindahkan ke dalam bekas lain mengosongkan rice-cooker.

Tumis dengan minyak masak, minyak sapi dan majerin hirisan bawang putih, bawang besar dan halia dalam rice-cooker sehingga layu.  Kemudian masukkan puri tomato. Bila garing, masukkan daging, air rebusan, daun pandan dan ajinomoto.

Masukkan beras basmathi yang telah dibasuh ke dalam periuk, dikacau sekali dan dibiarkan hingga masak.

Sambal Pencicah
Bawang besar, bawang merah, bawang putih dan sedikit belacan (yang dibakar) dikisar semuanya dengan lada kering, lada besar, lada jarum, garam, cuka dan gula hingga lumat. Campur perahan limau nipis atau/dan buah tomato yang dikisar ketika hendak dihidang.

Selamat mencuba.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%



Popular Posts